Keluarga Hashridz Murshim Hassim

Acis telah mendirikan rumahtangga dengan ratu jazz Malaysia, Datuk Shiela Majid di depan Imam Masjid Damansara, Wahid Amini, pada 3 Jun 2003 pada pukul 11.47 pagi, selepas dua tahun menjalin hubungan cinta. Sheila menerima mas kahwin RM 80, wang hantaran RM 20,000 tunai, dua bentuk cincin masing-masing bernilai RM 1,000 dan RM 5,000 serta kalung berharga RM 1,000.

Beliau dan Shiela kini bahagia bersama dua orang cahaya mata mereka iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim serta Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid Aziz yang merupakan anak Shiela hasil perkahwinannya yang terdahulu.